PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, October 17, 2011

Kejam :Tembak mati isteri, tiga anak dan pembantu rumah

MANILA: Seorang lelaki menembak mati isteri, tiga anak perempuan dan pembantu rumah mereka sebelum membunuh diri. Polis berkata, lelaki itu, Emmanuel Ponce bergaduh besar dengan isterinya, Melinda pada awal pagi hingga menyebabkan dia bertindak demikian di kediaman mereka di Talisay, sebuah daerah sepi di tengah Filipina.

Selepas menembak isterinya, Ponce membunuh tiga anak perempuan mereka berusia 18 hingga 26 tahun. Dia bagaimanapun tidak membunuh anak bongsu mereka berusia 14 tahun.
Pembantu rumah keluarga itu bagaimanapun turut menjadi mangsa.

Polis berkata, mereka belum dapat mengenalpasti punca pertengkaran suami isteri itu hingga membawa kepada Ponce bertindak melakukan kekejaman itu. Mereka menyifatkan kejadian itu sebagai antara yang mengejutkan, membabitkan anggota sebuah keluarga di kawasan yang aman di tengah negara itu.

- AFP

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox