Adakah anda kenal siapa Dato Adnan Ibrahim? Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang masih tertanya-tanya siapa tokoh yang saya maksudkan di atas. Untuk pengetahuan anda semua, Dato Adnan Ibrahim merupakan bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak yang kini dikatakan bergiat aktif dalam aktiviti kepartian PAS.
Dato Adnan Ibrahim merupakan salah seorang daripada dua pegawai tinggi kerajaan yang menyertai PAS setelah bersara wajib. Manakala seorang lagi yang tidak asing lagi di negeri ini iaitu bekas Laksamana Pertama Imran Abd Hamid yang merupakan pegawai tinggi TLDM Lumut kini aktif dalam PAS di kawasan Lumut.
Ketika itu, heboh dalam media pembangkang merasa bangga ekoran tindakan yang dibuat oleh kedua-dua bekas pegawai tinggi kerajaan ini untuk bersama-sama parti PAS dan menjadi penentang kepada kerajaan sediada.
Pada awal penyertaan Dato Adnan menyertai PAS dengan alasan mendapat hidayah dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.
"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.
Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.
Itu cerita dulu yang mana selebihnya tidak diketahui umum. Namun, info terbaru yang saya terima dari pihak yang rapat dan boleh dipercayai, tindakan Dato Adnan Ibrahim menyertai PAS sebenarnya disebabkan perasaan kecewa dan tidak puas hati terhadap kerajaan yang tidak meluluskan permohonan untuk mendirikan sebuah stesen minyak.
Adakah dengan sebab permohonannya untuk memiliki sebuah stesen minyak tidak diluluskan menyebabkan beliau terus menghukum kerajaan lalu menyertai parti PAS. Adakah semenjak Dato Adnan memegang jawatan Pengarah Pendidikan Negeri Perak tidak terlintas untuk menyertai PAS atau takut kedudukan dan gaji serta elaun yang dinikmati akan terjejas??.
Semasa menjawat jawatan Pengarah sudah tentu, semua 'free' termasuk, penginapan, guna kereta kerajaan, tidak perlu memandu sendiri. Pendek kata semuanya percuma bahkan dapat buat tuntutan lagi. Halalkah duit itu untuk diberi anak dan isteri makan dan pernahkah beliau terfikir bahawa dia akan mati dan dihisab. Nauzubillah.
Justeru, berpada-padalah wahai Dato Adnan Ibrahim kerana PAS belum tentu menjamin keluarga kamu untuk dibawa ke Syurga Allah....
P/S : Yang haram tetap haram dan yang halal adalah sebaik-baik rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Dia kata sebab masuk PAS kerana hidayah Allah atau sebab tak dapat kelulusan mendirikan stesen minyak????.
psssssttt wa ada rahsia lagi besar pasal mamat ni
ReplyDeleteterutama pasal anak anak dia...kalau mau tau reply post wa
penjawat awam bekerja untuk negara. gaji dan claim atas hak upah tenaga dan intelek. tidak bermakna kerja untuk umno. bukan bayar gaji duit umno. bayar gaji dari hasil cukai, minyak etc.... etc... pemikiran bongok macam anda yang mempersoalkan halam haram gaji penjawat awam memang menunjukkan otak anda berada tahap paling rendah dari otak kambing. penjajah british dulu mehak miikan semua harta benda negara ke?? kalau parti lain memerintah maksud nya semua banguna dalam malaysia masih milik umno?? pemikiran komunis sesat mana pka nie?? bukan umno yang temuduga kerja, cari hasil negara, bayar cukai pun umno jugak ke...??? saya org umno yang bijak pandai hasil pentadbiran ketua kerajaan terdahulu tp pemikiran bodoh macam ini memang mentah budak hingusan... tak tahu urusan politik dan tadbir urus negara tapi nak bercakap hal politik.... anda masuk neraka lagi baik....
ReplyDelete