PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, September 22, 2011

PM kaji kenaikan gaji kakitangan awam dan bonus dalam Bajet 2012

Kenaikan gaji kakitangan awam atau juga pemberian bonus lumayan telah terdengar sejak beberapa bulan yang lepas. Adakah ini akan memberi khabar berita baik kepada seluruh kakitangan awam atau hanya sekadar cakap-cakap belakang mereka yang amat berharap untuk suatu langkah yang bakal di ambil oleh pihak kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.


Siapa yang tak mahu atau bercit-cita sedemikian? Malah walaupun belum ada hitam putih, telah ada yang memasang angan-angan apa yang bakal di rancang nanti sekiranya perkhabaran tersebut adalah benar. Namun bagi saya, selagi tidak mendengar sendiri perkataan yang keluar dari mulut PM ketika pembentangan bajet atau mana-mana siaran akhbar atau media oleh PM atau wakilnya, ini hanyalah desas desus yang tak boleh untuk di ambil kira sangat. Jangan terlalu berharap, kerana kekecewaan akan lebih besar jika harapannya terlalu tinggi.

Meskipun begitu, sekiranya perkara tersebut benar dan menjadi suatu pilihan mengenai pemberian bonus atau kenaikan gaji, aku lebih berharap kepada kenaikan gaji kerana ini untuk jangka masa panjang. Walaupun kenaikan tidak begitu banyak namun itu lebih utama bagi saya. Buat apa bonus lumayan untuk sekali dapat, tetapi belum sampai hujung tahun pun dah habis. Tak percaya????? Tunguu lah tengok sekiranya perkara ini benar.

Apapun, sebagai kakitangan bawahan yang berpendapatan kecil dan hidup pula di ibukota, sememangnya saya juga menyimpan harapan agar pertimbangan kenaikan gaji ini diberi perhatian oleh PM kepada kakitangan awam bagi menangani krisis kenaikan harga barang & kos sara hidup yang semakin meningkat selepas berlaku beberapa pemotongan subsidi.

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

- Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox