PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, September 20, 2011

PAS ada muslihat tidak jalankan Hudud di Kelantan

Pas dicabar agar menyertakan pelaksanaan hudud di dalam manifesto pakatan pembangkang sebelum mendesak ingin melaksanakan undang-undang itu kerana sekutunya pernah menentang pelaksanaan hukumm itu.


Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Dr.Azmi Setapa berkata saranan itu dibuat kerana rakyat mula mempersoalkan sama ada Pas berani dalam menghadapi tekanan DAP yang sebelum ini menentang penubuhan negara Islam Pas.

Beliau berkata jika Pas enggan berbuat demikian, maka parti itu dilihat hanya memainkan isu pelaksanaan hukum hudud itu demi mencari sokongan rakyat.

"Sekiranya Pas berani dan tidak tunduk kepada DAP kenapa Pas tidak masukkan perlaksanaan hukum hudud ini ke dalam manfesto pilihan raya?

"Kenyataan itu hanya muslihat pilihan raya demi memyelamatkan keruntuhan Pas terutama di Kelantan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Pas untuk terus melaksanakan hudud di negeri ini biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Malah sebelum ini Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dilaporkan berkata, beliau memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan negeri ini melaksanakan hudud dan qisas.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox