PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, September 24, 2011

Hudud hanya retorik PAS untuk 'menutup' kebaikan Najib

PAS kini dilihat semakin terdesak dan sengaja menghidupkan isu lama seperti Hudud sebagai jalan pintas untuk memprovokasi kepada rakyat dan sebagai menutup jalan kebaikan dan keihlasan kerajaan pusat menhapuskan udang-undang ISA yang begitu kontroversi. Perkara ini turut diakui oleh rakyat Kelantan sendiri yang mempersoal kenapa Hudud masih tidak dilaksanakan di Kelantan.


Ianya tidak lain dan tidak bukan sengaja disensasikan oleh Nik Aziz bertujuan untuk mengaburi mata rakyat terhadap langkah murni Kerajaan Pusat dalam menegakkan hak-hak kemanusian yang selama ini bersandarkan kepada undang-undang ISA.

Apa yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menghapuskan ISA adalah lebih mulia daripada isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung soal perlaksanaan undang-undang Hudud dan Qisas.

Bahkan apa yang dilakukan oleh Najib kini lebih kepada keterbukaan dan memberi ruang kepada rakyat untuk menegur kerajaan dalam usaha mencegah perkara -perkara yang mungkar. Persoalannya adakah dengan melaksanakan Hudud, kemungkaran dapat dihapuskan dari bumi Kelantan dan yang jelas sejak akhir-akhir ini negeri itu menjadi penyumbang kepada gejala sosial yang semakin meningkat.

Banyak kepincangan dan kontroversi antara pemimpin Pakatan Rakyat sendiri apabila mengupas isu Hudud. Justeru mana satu yang boleh diambil kira kerana mereka sendiri hingga sekarang masih tidak sependapat berhubung perkara itu.

Nik Aziz kata nak buat, tetapi Karpal Sigh kata tak boleh, manakala Dewan Pemuda PAS bersetuju dengan Nik AZIZ manakala Slahuddin Ayub dalam kenyataan terbarunya, menyifatkan belum masanya lagi untuk menguatkuasakan Hudud. Hasilnya, isu Hudud sebenarnya satu retorik baru yang cuba diciptakan PAS untuk menutup kebaikan dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Najib.








No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox