PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, June 28, 2011

Pengkhianat seperti Ambiga perlu dibatalkan lesen guaman, kata Tan Sri Harussani ..!

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S.Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox