PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, May 27, 2011

Kedudukan ulamak PAS ibarat ‘telur dihujung tanduk' gara-gara proksi Anwar..!

Kedudukan golongan Ulama di dalam Pas hari ini umpama bagai telur di hujung tanduk dan ahli Pas di seluruh negara perlu mempersiapkan diri mereka untuk bersama-sama membawa parti itu ‘bersama kepimpinan Anwar’ dan bukannya lagi bersama kepimpinan ulama. Perkara ini ditegaskan oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berhubung Muktamar Agung Pas pada Jun depan yang bakal menyaksikan pertandingan sengit beberapa jawatan utama khususnya kerusi Timbalan Presiden.

Menurut beliau, timbul desas-desus bahawa ombak besar yang dibawa oleh kumpulan yang berkiblatkan Anwar seolah-olah tidak lagi mampu ditampung oleh kumpulan yang setia kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mereka mungkin lemas di dalam golongan ombak berkenaan.

“Jika benar itu berlaku, saya ingin menyarankan kepada pengikut ’totok’ Pas, bersedialah untuk menjunjung kepimpinan yang berkiblatkan Anwar yang begitu rakus kononnya untuk membawa perubahan di dalam parti berkenaan dengan pelbagai muslihat dan tipu daya yang lain.

“Percayalah ’nawaitu’ sebenar mereka bukannya untuk membawa pembaharuan dalam konteks sebenar Pas tetapi pembaharuan untuk memuja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini terpalit dengan pelbagai skandal.

“Pada ketika dan waktu itu, tunggulah saat kehancuran parti berkenaan yang makin hari makin menyimpang daripada landasan perjuangan sebenar dalam usaha mengejar kemenangan politik bersama sekutu ’Ahzab’ mereka iaitu DAP dan PKR,”

Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar awal bulan depan dijangka akan dihadiri 1,100 perwakilan dari 179 kawasan dengan 15 Mei lalu ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk perwakilan mengemukakan pencalonan. Setakat hari ini, tiga calon sudah mengesahkan merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu penyandang, Nasharudin Mat Isa, Mohamad Sabu dan terbaru Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan terbaru Datuk Nizar Jamaluddin yang menyatakan hasrat untuk bertanding.

“Sebagai bekas ahli parti, saya cukup sedih melihat apa yang berlaku hari ini yang mana pemimpin yang ingin melonjak naik di dalam parti berkenaan mempunyai ’nawaitu’ yang bukannya untuk parti tetapi ada sebaliknya,

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox