PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, May 25, 2011

Bob Lokman 'ejen' PAS menarik pengundi muda..!

Salam perjuangan..

Hari ini disegenap ceruk kawasan Bob Lokman atau panggilan terbaru beliau Al Fadhil Ustaz Bob diberi peluang oleh PAS untuk berceramah di pentas politik dengan satu tujuan iaitu memberi inspirasi kepada generasi muda supaya mengikut jejak yang sama seperti Bob.

Nama Bob tidak asing lagi di pentas PAS sejak akhir-akhir ini jika dibandingkan satu ketika di mana insan yang pernah dinobatkan pelawak tanahair pernah mengalami zaman kejatuhan populariti. Ketika dijemput berceramah, insan yang dikatakan cicit kepada Tok Kenali ini begitu dipandang tinggi oleh pimpinan PAS yang sanggup meninggalkan dunia glamour semata-mata ingin bersama dengan perjuangan PAS.


FAKTA

Pada 19 Februari 2011, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar,

Terbaru ketika berceramah di Pantai Remis, Perak, Bob Lokman begitu rakus dan sinis memperlekehkan UMNO dan Kerajaan Pusat yang disifatkannya sebagai kerajaan yang hanya mementingkan keduniaan semata-mata. Katanya, penyertaan di pentas PAS adalah atas sifat ingin mempertahankan agama Islam yang kini didakwa tidak diberi keutamaan oleh Kerajaan Pusat. Adakah pandangan dan kenyataan ini boleh diterima pakai oleh rakyat Malaysia?.

Cuba kita renung menggunakan akal yang waras kenapa Bob Lokman memilih PAS untuk meneruskan penghidupannya yang sudah ditelan zaman ketika menjadi pujaan peminatnya satu ketika dulu? Adakah Bob Lokman menjadi aktivis PAS sukarela melalak ke sana kemari atas sebab keikhlasan memperjuangan agama Islam?

Jika benar Bob ingin bermujahadah dengan agama Islam yang suci, kenapa parti PAS menjadi pilihan? Ini persoalan yang perlu dirungkai bagi menjawab hujah Bob Lokman ketika menyampaikan ceramah. Dalam masa yang sama, lantang mempersoalkan sistem pentadbiran kerajaan yang sudah sekian lama diterima pakai oleh rakyat di negara ini (kecuali pembangkang).

Agaknya berapa pendapatan yang diperolehi oleh Bob Lokman sebagai agen untuk menarik perhatian generasi muda supaya bersimpati dengan perjuangan parti PAS? Rata-rata sudah sedia maklum bahawa, setiap penceramah yang diundang dalam majlis ceramah PAS bukannya tidak berbayar. Perkara ini turut diakui oleh beberapa bekas penyokong tegas PAS yang saya kenali ketika di bekerja di Terengganu satu ketika dulu.

Katanya, pentas ceramah PAS menjanjikan pendapatan yang agak lumayan kerana kita akan di jemput berceramah melibatkan kawasan di seluruh negara. Bayangkan berapa hasil yang diperolehi oleh Bob Lokman ketika dijemput berceramah oleh parti PAS di seluruh negara.

Agak menghairankan dalam tempoh yang begitu singkat, penampilan Bob Lokman begitu drastik dengan gaya penampilan berserban, berjanggut, berjubah dan bertongkat sepertimana yang di sunnahkan oleh Rasulullah. Cuba bayangkan jika ada artis yang menyertai UMNO seperti AC Mizal dan isterinya, bertubi-tubi kenyataan dikeluarkan oleh media pembangkang bahawa kemasukan mereka ke dalam UMNO telah dibeli dan sebagainya. Adilkah PAS ketika membuat penilaian terhadap seseorang yang seagama dengan mereka.

Justeru itu, jangan terlalu terbawa-bawa dengan aliran pemikiran jumud yang dibawa oleh parti PAS, yang kononnya parti saja yang alim dan layak memperjuangkan Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox