PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, April 26, 2011

Utusan Malaysia dan Harakah Sama Tapi Tak Serupa..!

Saya muatkan muka depan akhbar Utusan Malaysia dan Harakah untuk tontonan pembaca supaya dapat menilai secara rasional menggunakan akal fikiran yang waras anugerah Allah bagi menentukan lidah rasmi yang manakah lebih jahat???

Gambar muka depana akhbar Utusan Malaysia..


Akhbar Utusan Malaysia (25 April 2011) memuatkan berita di  muka depan dengan menyiarkan kejayaan pihak Polis menumpaskan sindiket judi terbesar di Pulau Pinang yang melibatkan pertaruhan sehingga jutaan ringgit. Adakah ini dikatakan jahat oleh erdogan lahanat yang tidak menggunakan otak untuk menilai?

Jika di negeri lain sekalipun, saya percaya Utusan Malaysia akan melakukan perkara yang sama bertujuan untuk memberitahu rakyat tentang kegiatan jenayah bersindiket yang berjaya dibendung oleh pihak berkuasa.

Gambar akhbar Harakah..


Cuba saudara teliti betul-betul apa perkataan yang tertera pada muka depan akhbar Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS dan Pakatan Pembangkang? Malaysia Gagal...!  dengan tulisan besar dan dimuatkan beberapa artikel mengenai konsep 1 Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri.

Adakah Malaysia gagal dalam ekonomi?? Untuk makluman laporan ekonomi hari ini dalam sejarah menyatakan kedudukan nilai mata wang negara berjaya pada kadar RM2.90 berbanding dengan dollar US1 pencapaian terbaik sejak kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 1998.

Cuba renung sejenak  apa yang berlaku di negara luar, samada di Timur Tengah, di Iraq, Afghanistan, Palestin, Pakistan, Mesir, Libya, Tunisia, Yaman, Thailand , Filipina, sehingga kini tiada jalan perdamaian yang akhirnya merugikan rakyat negara itu sendiri.

Belajar erti bersyukur dengan nikmat Allah SWT.

@aj@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox