PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, April 12, 2011

Muktamar Agung PAS : Hilangnya 'Imuniti' Hj Hadi Sebagai Presiden PAS Pusat..!

Salam.


Desas desus akan berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden PAS Pusat menjelang pemilihan pada muktamar akan datang mungkin ada kebenarannya kerana perkara ini  turut diakui oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani.

Dalam pada itu, AJ diberitakan bahawa kepimpinan Dewan Pemuda PAS akan akan tetap mempertahankan Presiden Pusat yang sediada iaitu Hj Hadi walaupun wujud pertandingan atas beberapa alasan yang antara lain menyebut, Hj Hadi telah berjaya membawa perubahan besar kepada parti PAS terutama  dalam usaha menarik golongan muda supaya mendekati parti itu.


Setakat ini nama yang disebut-sebut akan mencabar kedudukan Hj Hadi selaku Presiden ialah Datuk Husam Musa yang kini boleh dianggap pemimpin PAS paling penting dan berpengaruh di Kelantan hinggakan ada sesetengah daripada penyokong fanatik PAS menganggap Husam Musa sebagai Menteru Besar Kelantan.

Berdasarkan laporan beberapa media semalam menyebut PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung kawasan itu Jumaat lalu dan ia merupakan satu perkara yang mengejutkan banyak pihak.


Dalam perkembangan yang sama, Azman Shapawi menyifatkan pencalonan ke atas Datuk Husam Musa perkara biasa dan perlu dihormati kerana sesiapapun layak untuk bertanding selagi mana ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan Parti PAS.


Selain itu, PAS Cawangan Bukit Bintang turut mencalonkan Mat Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS Pusat dan ini sesuatu keputusan yang tidak dijangka sama sekali oleh pemerhati-pemerhati khususnya dari kawasan Pantai Timur yang dilihat tetap setia kepada Presiden sediada.



Apa yang berlaku jelas memberi tamparan hebat kepada Hj Hadi yang sejak berpuluh tahun menyandang jawatan sebagai Presiden tanpa digugat oleh sesiapapun, malah sekiranya ada pemilihan dalam Muktamar Agung Pusat, jawatan Presiden sentiasa diberi laluan mudah kepada Hj Hadi. Hari ini, segalanya mungkin akan berubah dan kepada pendokong setia Hj Hadi perlu sedar bahawa sudah masanya beliau berundur daripada jawatan tersebut.


Ini amat bertepatan dengan 'slogan' yang selalu dilaungkan oleh pemimpin dan penyokong setia PAS ketika berkempen di PRU Negeri Sarawak bahawa sudah tiba masanya Taib Mahmud berundur dan rakyat menuntut perubahan dalam kerajaan negeri. Pepatah ini boleh juga diertikan sama  kepada Hj Hadi dan Nik Aziz yang sudah lama memegang jawatan tersebut Presiden dan Mursidul Am dan perlu berundur jika kehendak ahli parti diutamakan.


@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox