PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 27, 2011

Ceramah Anwar : Menghasut , Menipu Je Keje Dia...!

Betapa bertuahnya rakyat di Negeri Selangor yang dapat menikmati perkhidmatan bekalan air percuma daripada Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Khalib Ibrahim yang begitu budiman dan pemurah. Maknanya rakyat di negeri lain termasuk Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan lain terpaksa membayar bil air dengan kadar yang tinggi tanpa bantuan kerajaan negeri. Kalau tidak rakyat terpaksa mandi menggunakan air sungai dan telaga seperti kata Anwar kepada rakyat negeri Perak yang mungkin terpaksa menggunakan air sungai.



Mungkin disebabkan ketidakcekapan pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim, negeri itu kini dikatakan mengalami krisis kewangan yang teruk dan hanya menunggu masa untuk bangkrap . Baru setahun jagung mentadbir sudah bijak menabur gula-gula kepada rakyat. Mungkin kerajaan negeri tidak sedar bahawa rakyat bukannya buta untuk menilai apa yang terbaik buat mereka. Masih banyak isu-isu yang belum selesai di Selangor termasuk isu ‘pembolotan pasir haram’ yang dikatakan ada hubungkait dengan ahli politik kerajaan negeri, isu pengambilan tanah serta projek-projek mega yang mana ditunjangi oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Saksikan video ini ketika Anwar hadir dalam ceramah PKR yang dianjurkan PKR Cabang Lumut Perak pada 23 April 2011 yang menampakkan kebodohan dirinya sendiri….


Manakala di Negeri Selangor Khalid gagap dikatakan amat berbesar hati untuk memberikan wang tunai sebanyak RM2500 kepada keluarga yang meninggal dunia termasuk Melayu, Cina India dan lain –lain bangsa. Manakala di Perak mungkin lebih daripada itu dalam nada yang perli…! Hatinya memang busuk disebabkan dendam membara yang terpaksa di tanggung akibat daripada kebodohon dan kecelakaan insan bernama Anwar.

Adakah hanya di negeri Selangor yang memberikan bantuan RM1,000 kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di menara gading. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor sudah lama di pratikkan oleh kerajaan di negeri-negeri lain sebelum ini. Tindakan yang dilakukan oleh Khalid itu merupakan kesinambungan apa yang kerajaan Selangor terdahulu.

Selain itu, Anwar kaki klentong juga cuba mencetuskan provokasi kepada generasi muda hari ini khususnya yang hadir di tempat ceramah supaya menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menidakkan apa yang kerajaan laksanakan sehingga hari ini. Malah cuba membawa hadirin yang terdiri daripada golongan muda supaya bangkit sepertimana yang berlaku ke atas Kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak.

Katanya, kerajaan boleh buat apa yang dia suka tetapi tidak boleh menghalang kemunculan media baru dalam menyalurkan maklumat seperti laman facebook, twitter dan juga bloggers. Dengan nada angkuh, Anwar menyifatkan tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak di Mesir disebabkan kebangkitan generasi muda terhadap kerajaan. Malah turut menghasut hadirin supaya meneruskan kaedah seumpama ini dan sebarkan kepada semua rakyat untuk bangkit menentang kerajaan.

Dalam konteks ini, Anwar ternyata memang bodoh dalam kenyataannya kerana senario yang berlaku di Mesir jauh berbeza dengan Malaysia. Di Mesir jelas sekali Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak telah mengabaikan kebajikan rakyatnya dan segala kekayaan negara dimonopoli oleh mereka yang ada kepentingan dengan Hosni Mubarak. Manakala di Malaysia, rakyat yang masih waras dan tahu menilai apa yang kerajaan telah laksanakan demi kepentingan semua kaum. Malah, tidak semua golongan muda berpihak kepada pembangkang. Rakyat masih ada pertimbangan untuk bertindak di luar batas undang-undang.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox