PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, April 09, 2011

Aktivis Cacamerba Kena Halau Masuk Sarawak!

Kalau nak pergi ke Sarawak sengaja untuk buat huru hara dan kacau bilau lebih baik tahan dan hantar balik kampung lagi senang. Inilah yang berlaku kepada aktivis BERSIH, Wong Chin Huat dihalang untuk memasuki Sarawak, menyusul langkah aktivis sosial, Steven Ng, yang dihalang di lapangan kapal terbang pada 3 April 2011. Wong Chin Huat menjadi warga Malaysia kedua yang dihalang untuk masuk ke bumi kenyalang sejak terbubarnya DUN Sarawak.

WONG CHIN HUAT


AJ dapat tahu si mangkuk ayun ni bekerja sebagai tenaga pengaja di Institusi Pengajian Tinggi Swasta bertolak menaiki kapal terbang pada jam 6.40 petang bersama dua orang penuntutnya. Tanpa diduga, beliau dimaklumkan bahawa dirinya dihalang untuk masuk ke Sarawak setelah mendarat di Lapangan Terbang Kuching pada jam 8.30 malam.

Wong Chin Huat membalas panggilan  pada jam 9.06 malam, memberitahu bahawa dirinya diminta untuk menyerah kad pengenalannya. Wong menolak untuk berbuat demikian, malah cuba membela keputusan dirinya dengan mengemukakan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Selepas itu beliau telah menghubungi peguamnya untuk berunding dengan pegawai imigresen.

Bagaimanapun, Wong Chin Huat diarahkan untuk kembali ke Semenanjung kemudiannya. Beliau akan menaiki kapal terbang Air Asia pada jam 10.10 pm. Wong dihalang mengikut Akta Imigresen Seksyen 65(1)(a), akta yang sama digunakan untuk menghalang kemasukan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sebelum ini.


No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox