PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, June 02, 2012

Lagi demo NGO tak puas hati terhadap Karpal Singh

Kira-kira 80 ahli Perkasa cawangan Grik menyertai perhimpunan aman petang semalam bagi membantah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa bukan Melayu boleh dilantik sebagai Perdana Menteri pada suatu hari nanti.

Bertempat di Stesen Bas Grik, ahli pertubuhan itu melaungkan Hidup Melayu dan Mampus Karpal Singh sebelum berarak ke Pejabat DAP Grik sejauh kira-kira 60 meter.


Selain itu, Perkasa turut mengedarkan baju T tertera perkataan Hidup Melayu kepada orang ramai sebelum perhimpunan aman itu bersurai jam 5.30 petang.

Baru-baru ini, Karpal dilaporkan berkata DAP akan terus memperjuangkan kerusi Perdana Menteri diisi seorang bukan Melayu selagi beliau masih hidup.

Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Berdasarkan terjemahan itu, Karpal secara peribadi menganggap jawatan itu boleh disandang oleh calon bukan Melayu walaupun pakatan pembangkang telah bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim calon paling layak. Sambung baca DISINI

- Perak Today

Tuesday, May 29, 2012

Dilema Husam Musa apabila mengaku salah guna duit rakyat

Tulisan Kickdefella...

Pada tahun lepas YB Dato’ Haji Husam Musa menyaman saya kerana didakwa memalukan beliau dan menfitnah beliau kerana secara terbuka memanggilnya sebagai seorang penipu. Saya gembira dengan saman itu kerana saya akhirnya diberi forum yang sah dan bukan politikal, untuk berdepan dengan Husam.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan (dimana kes itu menumpang sekarang) menetapkan pada 4 Julai 2012 untuk membuat keputusan permohonan injunksi oleh Husam Musa bagi menghalang saya dan agen saya daripada menulis tentang beliau dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengulangi apa yang ditulis oleh saya.


Husam Musa bukan seorang ahli pembangkang, dia adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang sah yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir Negeri Kelantan. Saya pula selain blogger cabut, juga adalah pengundi di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Saya menulis antara lainnya mengenai tindakan Husam yang mewakili sebuah Kerajaan Negeri cuba berjanji dan kemudian tidak menunai janji. Apabila Husam memberitahu media beberapa tahun yang lalu tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah badan audit bebas menyiasat berkaitan Bazar Tok Guru setelah isu itu menjadi hangat akibat tulisan saya, kita semua menyambutnya dengan baik. Sambung baca DISINI

Sunday, May 27, 2012

Nik Aziz dan Nik Abduh bercanggah pasal PM bukan orang Melayu

“Melayu (muslim) lebih berhak, sebab ia majoriti,”kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa untuk berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Anak kepada Mursyidul Am Pas itu menegaskan berdasarkan situasi semasa negara, hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang berhak menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Dalam konteks semasa orang Melayu dan muslim lebih berhak sebab majoriti tetapi asas dalam sebuah kerajaan Islam pemimpin seorang muslim, bangsa tidak kira, kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam jadi Perdana Menteri kita tolak.

“Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu,” katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama Pas di sini semalam.


 Karpal sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut.

Nik Abduh bagaimanapun berkata kenyataan Karpal itu tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kerana umum mengetahui pendirian dan tindakan tanduk Karpal sebelum ini yang lebih suka mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

“Kita melihat ia tidak memberi kesan sebab benda ini telah berulang, Rakyat sudah tahu pendirian Pas dengan kenyataan Karpal, kenyataan Karpal memang bercanggah dan apa-apa kenyataan Karpal pun tidak akan jejaskan sokongan rakyat terhadap Pas pada pilihan raya umum nanti,” katanya.


- Sinar Harian

Friday, May 25, 2012

Shamsidar nyaris kena lempang dengan Wan Azizah di luar mahkamah semalam


Shamsidar asyik tenung Anwar ketika di Mahkamah Sesyen

Semalam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah dituduh di Mahkamah Sesyen atas kesalahan menjadi dalang untuk mencetuskan huru hara ketika perhimpunan Bersih 3.0. Kedua-duanya masing-masing mengaku tidak bersalah di atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Namun, apa yang penulis ingin ketengahkan disini, mungkin ada yang perasan dan mungkin ada juga yang sengaja mengambil sikap buat tidak tahu tentang dua pengapit yang mengiringi mereka.

Anwar diiringi oleh isterinya Azizah Ibrahim manakala Azmin Ali pula ditemani isteri ‘kesayangan’ Shamsidar Tahrin. Adakah anda perasan watak keempat mereka ini ketika keluar dari mahkamah sesyen yang mana gambar mereka sempat diambil oleh wartawan Utusan Malaysia?

Cuba anda perhatikan betul-betul pada gambar yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23/5/2012. Meskipun Anwar berada di sebelah Wan Azizah, Shamsidar asyik memberikan perhatian kepada Anwar dengan tenungan mata yang pada hemat penulis penuh dengan ‘seribu makna’. Jelingan Shamsidar kepada Anwar begitu terserlah sekali yang kita tidak boleh lupa tentang ‘kisah peribadi ghairah’ yang membabitkan mereka berdua sebelum ini.

TENGOK MEMEK MUKA WAN AZIZAH

Manakala jika kita perhatikan kepada memek muka Wan Azizah jelas sekali menggambarkan bahawa Anwar hanya milik dia dan tidak boleh dikongsi oleh sesiapapun meskipun Shamsidar tidak mengendahkannya.

Ternyata Wan Azizah masih memendam perasaan dendam terhadap Shamsidar yang boleh diibaratkan sebagai duri dalam daging dalam keluarganya. Memori lama memang sukar untuk dipadam dengan begitu mudah apatah lagi ianya dikaitkan dengan skandal seks yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Thahrin.

MUKA DEPAN AKHBAR UTUSAN BERTARIKH 23/5/2012

Malah, nampak jelas Air muka Anwar seakan-akan teruja dan begitu gembira apabila Azmin turut membawa isterinya ke mahkamah. Wajah Anwar ketika itu jelas gembira dengan kehadiran Shamsidar meskipun ‘dibenteng’ oleh Wan Azizah. Tahniah kepada wartwan Utusan Malaysia kerana berjaya  ‘snaping’ gambar yang memang kita tunggu-tunggu sejak sekian lama.

Pendek kata, sudah terang lagi bersuluh bahawa kisah cinta dan skandal seks yang selama ini diperkatakan antara Anwar dan Shamsidar ada benarnya.

Nik Aziz setuju dengan Karpal calon
bukan Melayu sebagai Perdana Menteri

Seperkara lagi yang penulis ingin utarakan disini berkaitan kenyataan terbaru yang dibuat oleh Karpal Singh bahawa beliau akan berusaha keras dengan apa cara sekalipun untuk menjadikan Perdana Menteri dikalangan bukan Melayu atau lebih senang jika penulis katakan bahawa Perdana Menteri bukan Islam dikalangan Pakatan Rakyat.

Cerita mengenai kebiadapan Karpal Singh terhadap Islam dan Melayu memang sudah diketahui umum kerana sebelum ini banyak perkara yang membabitkan permuafakatan Islam senantiasa ditentang oleh Karpal.

Lebih teruk apabila ada dikalangan umat Islam di negara ini yang dilabelkan sebagai ulamak masih menaruh kepercayaan kepada Karpal Singh. Cerita terbaru yang penulis dengar Nik Aziz sekarang ini sudah memberi laluan mudah kepada DAP untuk meletakkan calon dari kalangan kafir harbi.

Jika benar Nik Aziz sudah memberi memberi laluan mudah untuk DAP mencari calon dikalangan bukan Islam sebagai Perdana Menteri, apa kata pengikut mereka termasuklah Presiden PAS Hj Hadi.

Adakah kesemua pengikut PAS akan menyokong pendirian Nik Aziz untuk menjadikan Malaysia dibawah Perdana Menteri kafir harbi? Penulis tidak hairan jika Nik Aziz terpaksa mengikut telunjuk DAP kerana sudah banyak bukti yang mengaitkan mereka (PAS) ke arah itu.

P/S : Ingat PAS ingat Al Arqam kerana mereka telah membawa kesesatan kepada umat Islam di negara ini.

Monday, May 21, 2012

DAP Sitiawan tukar nama Demo Bersih menjadi Demo Sampah


Akibat gagal dalam siri demo membantah pembinaan kilang Vale di Teluk Rubiah yang lalu,  sekali lagi DAP, PKR dan PAS cuba mencipta satu skrip demo yang akhirnya tidak kesampaian apabila hanya beberapa kerat hadir menyertainya.

Dengar cerita kali ini mereka berdemo kononnya tidak berpuas hati dengan tapak pelupusan sampah  di Kg Sungai Wangi, Sitiawan yang menjadi rungutan penduduk. Yang menjadi kepala seperti biasa tidak lain dan tidak bukan iaitu bapak penghasut Cina Komunis DAP Ngeh Ko Ham.

Saya diberitahu bahawa yang hadir berdemo kat Padang Terbang Sitiawan pada hari Sabtu yang lepas bukanlah penduduk yang terlibat dengan kawasan pelupusan sampah.  Kebanyakan daripada mereka hanya penyokong kuat DAP dan PKR serta dan secara kebetulan di kawasan itu menjadi tumpuan aktiviti riadah.



Setelah gagal untuk mengetegahkan isu Kilang Vale di Teluk Rubiah, Pakatan Rakyat terutama sekali di kawasan Manjung berhempas pulas untuk menutup kelemahan kepimpinan mereka dan yang paling memalukan adalah Nizar Jamaluddin kerana sehingga kini masih dilabelkan penduduk Manjung sebagai KAKI PEMBOHONG.

Tambah menggusarkan Nizar dan Pakatan Rakyat, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan pengikut dan penyokong PAS sendiri  khususnya di kawasan Pasir Panjang (DUN yang diwakili Nizar ) terlalu kecewa dengan surat pendedahan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ketika menjadi Menteri Besar Perak.

Malah ada yang sanggup tidak akan memberi kerjasama kepada Nizar Jamaluddin sekiranya masih menjadi calon PAS di Pasir Panjang. Sebab itu, saya dimaklumkan sekarang ini Nizar Jamaluddin tidak lagi seperti dulu turun padang bertemu rakyat di kawasan Pasir Panjang kerana sudah tahu bahana jika masih bertanding di kawasan itu pada pilihanraya akan datang.

Setelah dirujuk kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Tanah, tapak pelupusan sampah di Kg Sungai Wangi yang cuba diketengahkan oleh DAP, PKR dan PAS yang diketuai oleh penghasut DAP Ngeh Ko Ham sebenar dalam proses untuk dipindahkan ke kawasan Segari.
Malah Kerajaan Negeri pimpinan Dr Zambry telah memberi peruntukan sebanyak RM56 JUTA untuk menyelesaikan perkara ini termasuklah kaedah untuk membuang sisa-sisa sampah yang masih sediada disamping menyediakan tapak baru.

Justeru itu, memang jelas isu demo yang boleh diibaratkan hidup segan mati tak mahu yang diadakan pada petang Sabtu lalu di Padang Sitiawan  oleh Pakatan Rakyat hanya gimik politik untuk meraih simpati masyarakat . Walhal penduduk-penduduk setempat sudah sedia maklum masalah ini sudahpun diatasi oleh pihak yang berkenaan.

Friday, May 18, 2012

Akhirnya Nik Aziz hilang sabar setelah dilondehkan oleh Mufti Perak

Gempak habis . . . kalau tak berani baca tak pa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah. 



Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.

Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.

Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:

“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu, namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).

“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “

“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam

”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”

“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.

“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.

“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.

“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:

“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?

“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah. “

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.- 18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox