PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Friday, February 28, 2014

Kes Saman Hj Hadi : Pas Mengaku Dianiaya!

Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi menulis di laman pro ulama PAS, El Haraki mendedahkan PKR bersungguh-sungguh mahu menarik balik saman bernilai RM2 juta terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapat tahu parti itu akan memboikot Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Banyak cantik ! Kamu dah calarkan maruah tok guru, dibantu oleh watak loyar cuai lebih menampakkan PAS lemah, pas tu nak tambah episod tarik balik saman ..

Memang ada asas mereka nak tarik balik sebab orang PAS mula marah pada PKR dan plan nak boikot Kajang. Anwar tergugat. Pentaksub dan pentakjub Anwar dalam PAS pun mula tak selesa. Mereka pun dok lobi minta PKR melalui Anwar nasihat bekas calon PKR tu tarik balik saman. Bukan fikir pasal tok guru tapi bimbang jentera PAS boikot kajang move. Derita Anwar nanti,” katanya dalam tulisan bertajuk, “Saya Tak Setuju Saman ditarik Balik.”

Kemarahan ahli-ahli PAS berpunca daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Ahad lalu yang mengarahkan Presiden PAS membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan Antarapos berkata PKR sedang berusaha bersungguh-sungguh berunding dengan ahli partinya, Mohd. Shamsul dapat diselesaikan di luar mahkamah untuk menjaga hubungan Pakatan Rakyat (PR).

“Kita sedang berusaha, kita sedang berkomunikasi dan berbincang dengan Shamsul tapi di peringkat pimpinan pusat.

“Pertama, ketika isu ini mula-mula dimaklumkan YB Azan beberapa minggu pertama selepas PRU, pimpinan pusat memberikan nasihat kepada Shamsul untuk tidak meneruskan sebarang langkah perundangan sebaliknya berusaha untuk berjumpa dengan presiden PAS secara damai atas semangat kekeluargaan,” katanya.

Mohd Badiuzzaman dari El Haraki berkata usaha menarik balik saman tidak menyelesaikan masalah kerana imej Presiden PAS telah berjaya dicalarkan.

“Saya tak setuju tarik balik saman. Teruskan dan biarkan ada perbicaraan. Kan kita semua nak tahu siapa benar dan siapa salah ? Malah ada yang minta tok guru mengaku salah dan mohon maaf .. macam mana boleh jadi begitu … bawalah ke mahkamah.

“Tok guru dah siap dari awal lagi. Yang gi buat drama sampai keluar surat penghakiman ingkar ni apa hal ? Nak cari jalan supaya batal perbicaraan dan dunia nampak seolah-olah tok guru yang salah. Come on mannn … Allah akan jaga para pejuang agamanya.

“Usaha boikot Kajang Move ada asas sebab jentera PAS lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden PAS. Tapi nak guna tenaga dan pengaruh Presiden PAS dalam Kajang. Saya tak kisah kalau jentera PAS nak boikot sebab ada asas yang kuat .

“Saya pula tak setuju tarik balik saman ke atas tok guru. Sebab saya dan semua orang nak dengar hujah dan bukti dan saksi pil kuda dalam mahkamah nanti. Kalau tak ada bukti maka tok guru wajar dihukum kerana lempar kesangsian dan kekeliruan atau fitnah. Tapi kalau tarik balik saman atau selesai atas bumbung mahkamah, macam mana kita nak tahu sapa yang bohong dan salah,” katanya lagi.

- Mymassa.blogspot

1 comment:

  1. Ish, ish, ish.....aritu Nuar cakap dia kuat dan tak perlukan PAS pun. Jadi buat apa nak gelabah,,,Ehhh silap, Nuar tak gelabah, tapi mamat buritan Nuar dan anjing nuar yang panic....Nuar tak panic, cuma arahkan.....

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox