PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Monday, January 14, 2013

Kebebasan media yang PAS laungkan akhirnya kena maki hamun

Banyak cerita menarik mengenai HKR KL112 kali ni yang boleh kita paparkan kepada masyarakat mengenai gelagat-gelagat peserta yang hadir tidak terkecuali kepada wartawan yang membuat liputan.Banyak juga cerita-cerita yang karut dan tersembunyi tidak dihebahkan kepada rakyat oleh media-media pembangkang kerana bagi aku ini semua akan membawa padah kepada parti mereka. Dunia hanya memerhati sambil bergelak tawa bahawa inilah wajah sebenar Pakatan Pembangkang di Malaysia.

Aku cuma berkongsi info daripada rakan-rakan bloger  yang berada di segenap sudut semasa perhimpunan tersebut. Dua kisah lucu dan paling bodoh ini mungkin menjadi perkongsian pandangan terutama dikalangan rakyat untuk menilai sendiri betapa kalutnya kelancaran program berkenaan. PAS mungkin sedar bahawa setiap satu kejadian yang berlaku semasa HKR KL112 baru-baru ini sebagai petanda tidak ada keberkatan Allah S.W.T. Banyak musaqqah yang berlaku boleh kita katakan parti PAS telah dimurkai oleh Allah S.W.T

Dua insiden ini jelas memberi pengajaran dan persepsi bahawa gabungan PAS, DAP dan PKR sebenarnya akan menghancurkan negara apabila menjadi pemerintah kelak. Pertama insiden gaduh dan kecoh ketika dipintu masuk stadium melibatkan pengawal peribadi Anwar Ibrahm dengan Nik Aziz sehingga belaku tumbuk menumbuk. Adakah kejadian ini boleh kita katakan ada keberkatan daripada Allah??. Begitu juga insiden caci dan makin hamum oleh sekumpulan wartawan terhadap Unit Amal PAS kerana tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan dari dalam stadium?.

Bagi aku, tidak layak untuk melontarkan perkataan syabas kepada Unit Amal PAS kerana bersabar melayan kerenah wartawan berkenaan. Sebenarnya mereka sudah semstinya layak untuk mendapat cacian dan maki hamun kerana kita tidak lupa sebelum ini pimpinan mereka sendiri seringkali melaungkan kebebasan media. Macam-macam mereka kata kepada kerajaan kononnya media disekat untuk menyampaikan maklumat sedangkan apa yang berlaku hari ini sudah bertentangan dengan prinsip kebebasn media yang dilaungkan mereka.

Jom layan video yang tidak disiarkan oleh media pembangkang..



2 comments:

  1. anuar pemusnah bangsa melayu wajib dibuang dari malaysia.

    ReplyDelete
  2. Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terima kasih.

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox