PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Tuesday, May 29, 2012

Dilema Husam Musa apabila mengaku salah guna duit rakyat

Tulisan Kickdefella...

Pada tahun lepas YB Dato’ Haji Husam Musa menyaman saya kerana didakwa memalukan beliau dan menfitnah beliau kerana secara terbuka memanggilnya sebagai seorang penipu. Saya gembira dengan saman itu kerana saya akhirnya diberi forum yang sah dan bukan politikal, untuk berdepan dengan Husam.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan (dimana kes itu menumpang sekarang) menetapkan pada 4 Julai 2012 untuk membuat keputusan permohonan injunksi oleh Husam Musa bagi menghalang saya dan agen saya daripada menulis tentang beliau dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengulangi apa yang ditulis oleh saya.


Husam Musa bukan seorang ahli pembangkang, dia adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang sah yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir Negeri Kelantan. Saya pula selain blogger cabut, juga adalah pengundi di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Saya menulis antara lainnya mengenai tindakan Husam yang mewakili sebuah Kerajaan Negeri cuba berjanji dan kemudian tidak menunai janji. Apabila Husam memberitahu media beberapa tahun yang lalu tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah badan audit bebas menyiasat berkaitan Bazar Tok Guru setelah isu itu menjadi hangat akibat tulisan saya, kita semua menyambutnya dengan baik. Sambung baca DISINI

Sunday, May 27, 2012

Nik Aziz dan Nik Abduh bercanggah pasal PM bukan orang Melayu

“Melayu (muslim) lebih berhak, sebab ia majoriti,”kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa untuk berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Anak kepada Mursyidul Am Pas itu menegaskan berdasarkan situasi semasa negara, hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang berhak menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Dalam konteks semasa orang Melayu dan muslim lebih berhak sebab majoriti tetapi asas dalam sebuah kerajaan Islam pemimpin seorang muslim, bangsa tidak kira, kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam jadi Perdana Menteri kita tolak.

“Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu,” katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama Pas di sini semalam.


 Karpal sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut.

Nik Abduh bagaimanapun berkata kenyataan Karpal itu tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kerana umum mengetahui pendirian dan tindakan tanduk Karpal sebelum ini yang lebih suka mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

“Kita melihat ia tidak memberi kesan sebab benda ini telah berulang, Rakyat sudah tahu pendirian Pas dengan kenyataan Karpal, kenyataan Karpal memang bercanggah dan apa-apa kenyataan Karpal pun tidak akan jejaskan sokongan rakyat terhadap Pas pada pilihan raya umum nanti,” katanya.


- Sinar Harian

Friday, May 25, 2012

Shamsidar nyaris kena lempang dengan Wan Azizah di luar mahkamah semalam


Shamsidar asyik tenung Anwar ketika di Mahkamah Sesyen

Semalam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah dituduh di Mahkamah Sesyen atas kesalahan menjadi dalang untuk mencetuskan huru hara ketika perhimpunan Bersih 3.0. Kedua-duanya masing-masing mengaku tidak bersalah di atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Namun, apa yang penulis ingin ketengahkan disini, mungkin ada yang perasan dan mungkin ada juga yang sengaja mengambil sikap buat tidak tahu tentang dua pengapit yang mengiringi mereka.

Anwar diiringi oleh isterinya Azizah Ibrahim manakala Azmin Ali pula ditemani isteri ‘kesayangan’ Shamsidar Tahrin. Adakah anda perasan watak keempat mereka ini ketika keluar dari mahkamah sesyen yang mana gambar mereka sempat diambil oleh wartawan Utusan Malaysia?

Cuba anda perhatikan betul-betul pada gambar yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23/5/2012. Meskipun Anwar berada di sebelah Wan Azizah, Shamsidar asyik memberikan perhatian kepada Anwar dengan tenungan mata yang pada hemat penulis penuh dengan ‘seribu makna’. Jelingan Shamsidar kepada Anwar begitu terserlah sekali yang kita tidak boleh lupa tentang ‘kisah peribadi ghairah’ yang membabitkan mereka berdua sebelum ini.

TENGOK MEMEK MUKA WAN AZIZAH

Manakala jika kita perhatikan kepada memek muka Wan Azizah jelas sekali menggambarkan bahawa Anwar hanya milik dia dan tidak boleh dikongsi oleh sesiapapun meskipun Shamsidar tidak mengendahkannya.

Ternyata Wan Azizah masih memendam perasaan dendam terhadap Shamsidar yang boleh diibaratkan sebagai duri dalam daging dalam keluarganya. Memori lama memang sukar untuk dipadam dengan begitu mudah apatah lagi ianya dikaitkan dengan skandal seks yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Thahrin.

MUKA DEPAN AKHBAR UTUSAN BERTARIKH 23/5/2012

Malah, nampak jelas Air muka Anwar seakan-akan teruja dan begitu gembira apabila Azmin turut membawa isterinya ke mahkamah. Wajah Anwar ketika itu jelas gembira dengan kehadiran Shamsidar meskipun ‘dibenteng’ oleh Wan Azizah. Tahniah kepada wartwan Utusan Malaysia kerana berjaya  ‘snaping’ gambar yang memang kita tunggu-tunggu sejak sekian lama.

Pendek kata, sudah terang lagi bersuluh bahawa kisah cinta dan skandal seks yang selama ini diperkatakan antara Anwar dan Shamsidar ada benarnya.

Nik Aziz setuju dengan Karpal calon
bukan Melayu sebagai Perdana Menteri

Seperkara lagi yang penulis ingin utarakan disini berkaitan kenyataan terbaru yang dibuat oleh Karpal Singh bahawa beliau akan berusaha keras dengan apa cara sekalipun untuk menjadikan Perdana Menteri dikalangan bukan Melayu atau lebih senang jika penulis katakan bahawa Perdana Menteri bukan Islam dikalangan Pakatan Rakyat.

Cerita mengenai kebiadapan Karpal Singh terhadap Islam dan Melayu memang sudah diketahui umum kerana sebelum ini banyak perkara yang membabitkan permuafakatan Islam senantiasa ditentang oleh Karpal.

Lebih teruk apabila ada dikalangan umat Islam di negara ini yang dilabelkan sebagai ulamak masih menaruh kepercayaan kepada Karpal Singh. Cerita terbaru yang penulis dengar Nik Aziz sekarang ini sudah memberi laluan mudah kepada DAP untuk meletakkan calon dari kalangan kafir harbi.

Jika benar Nik Aziz sudah memberi memberi laluan mudah untuk DAP mencari calon dikalangan bukan Islam sebagai Perdana Menteri, apa kata pengikut mereka termasuklah Presiden PAS Hj Hadi.

Adakah kesemua pengikut PAS akan menyokong pendirian Nik Aziz untuk menjadikan Malaysia dibawah Perdana Menteri kafir harbi? Penulis tidak hairan jika Nik Aziz terpaksa mengikut telunjuk DAP kerana sudah banyak bukti yang mengaitkan mereka (PAS) ke arah itu.

P/S : Ingat PAS ingat Al Arqam kerana mereka telah membawa kesesatan kepada umat Islam di negara ini.

Monday, May 21, 2012

DAP Sitiawan tukar nama Demo Bersih menjadi Demo Sampah


Akibat gagal dalam siri demo membantah pembinaan kilang Vale di Teluk Rubiah yang lalu,  sekali lagi DAP, PKR dan PAS cuba mencipta satu skrip demo yang akhirnya tidak kesampaian apabila hanya beberapa kerat hadir menyertainya.

Dengar cerita kali ini mereka berdemo kononnya tidak berpuas hati dengan tapak pelupusan sampah  di Kg Sungai Wangi, Sitiawan yang menjadi rungutan penduduk. Yang menjadi kepala seperti biasa tidak lain dan tidak bukan iaitu bapak penghasut Cina Komunis DAP Ngeh Ko Ham.

Saya diberitahu bahawa yang hadir berdemo kat Padang Terbang Sitiawan pada hari Sabtu yang lepas bukanlah penduduk yang terlibat dengan kawasan pelupusan sampah.  Kebanyakan daripada mereka hanya penyokong kuat DAP dan PKR serta dan secara kebetulan di kawasan itu menjadi tumpuan aktiviti riadah.



Setelah gagal untuk mengetegahkan isu Kilang Vale di Teluk Rubiah, Pakatan Rakyat terutama sekali di kawasan Manjung berhempas pulas untuk menutup kelemahan kepimpinan mereka dan yang paling memalukan adalah Nizar Jamaluddin kerana sehingga kini masih dilabelkan penduduk Manjung sebagai KAKI PEMBOHONG.

Tambah menggusarkan Nizar dan Pakatan Rakyat, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan pengikut dan penyokong PAS sendiri  khususnya di kawasan Pasir Panjang (DUN yang diwakili Nizar ) terlalu kecewa dengan surat pendedahan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ketika menjadi Menteri Besar Perak.

Malah ada yang sanggup tidak akan memberi kerjasama kepada Nizar Jamaluddin sekiranya masih menjadi calon PAS di Pasir Panjang. Sebab itu, saya dimaklumkan sekarang ini Nizar Jamaluddin tidak lagi seperti dulu turun padang bertemu rakyat di kawasan Pasir Panjang kerana sudah tahu bahana jika masih bertanding di kawasan itu pada pilihanraya akan datang.

Setelah dirujuk kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Tanah, tapak pelupusan sampah di Kg Sungai Wangi yang cuba diketengahkan oleh DAP, PKR dan PAS yang diketuai oleh penghasut DAP Ngeh Ko Ham sebenar dalam proses untuk dipindahkan ke kawasan Segari.
Malah Kerajaan Negeri pimpinan Dr Zambry telah memberi peruntukan sebanyak RM56 JUTA untuk menyelesaikan perkara ini termasuklah kaedah untuk membuang sisa-sisa sampah yang masih sediada disamping menyediakan tapak baru.

Justeru itu, memang jelas isu demo yang boleh diibaratkan hidup segan mati tak mahu yang diadakan pada petang Sabtu lalu di Padang Sitiawan  oleh Pakatan Rakyat hanya gimik politik untuk meraih simpati masyarakat . Walhal penduduk-penduduk setempat sudah sedia maklum masalah ini sudahpun diatasi oleh pihak yang berkenaan.

Friday, May 18, 2012

Akhirnya Nik Aziz hilang sabar setelah dilondehkan oleh Mufti Perak

Gempak habis . . . kalau tak berani baca tak pa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah. 



Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.

Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.

Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:

“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu, namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).

“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “

“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam

”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”

“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.

“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.

“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.

“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:

“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?

“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah. “

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.- 18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN

Thursday, May 17, 2012

Isu muzakarah dan Hudud sebenarnya muslihat terbaru parti PAS

Apa muslihat PAS kali ini sehingga ketiga-tiga tokoh pimpinan pusat bermula daripada Presiden Hj Hadi Awang, Mursidul Am Nik Aziz Nik Mat sehingga kepada Naib Presiden Mahfuz Omar asyik membicarakan soal muzakarah mengenai hala tuju parti itu dengan pihak luar termasuk UMNO?. Jika diimbas kembali pada PRU yang lepas, topik yang sama turun dimainkan oleh PAS iaitu melibatkan muzakarah antara PAS dan UMNO terutama sekali melibatkan soal hala tujua parti itu.

SINAR HARIAN 16/5/2012

Secara peribadi saya beranggapan bahawa PAS hari ini dilihat semakin terdesak ekoran pelbagai isu yang melanda parti itu sehingga memberi persepsi buruk dikalangan masyarakat. Terlalu banyak isu-isu yang melibatkan hala tuju parti itu yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada trend sokongan rakyat terutama sekali golongan yang dianggap 'pemerhati' dan pengundi senyap.

Berbalik kepada isu muzakarah yang kononnya diberi ruang oleh parti PAS kepada UMNO boleh saya katakan sebagai tindakan yang begitu terdesak semata-mata untuk menutup kelemahan dan kesonsangan parti PAS sejak akhir-akhir ini. PAS sebenarnya sudah tahu bahawa kepercayaan masyarakat semakin pudar  tambahan pula mereka seringkali dilabelkan sebagai 'Pak Turut' kepada rakan pakatan dari PKR dan DAP. Situasi ini amat jelas sekali apabila mengiyakan perhimpunan Bersih 3 pada 28 April yang lalu walhal mereka tahu perhimpunan itu akan mencetuskan keadaan huru hara.

Justeru itu, bilamana topik muzakarah  ini diketengahkan sedikit sebanyak menyejukkan sedikit perasaan marah sebilangan pengikut PAS terhadap parti itu secara tidak langsung dapat memulihkan kembali kepercayaan rakyat. Sebab itu, tidak hairan ada sebahagian besar pengikut parti PAS kini sudah berpaling tadah dan tidak lagi aktif dalam kerja parti.

Tambahan pula PAS kini telah berpecah dua iaitu satu kumpulan yang masih setia memperjuangkan dasar-dasar Islam manakala satu lagi kumpulan yang dianggap proksi kepada PKR dan DAP. Kumpulan yang menjadi telunjuk DAP dan PKR yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar akan tetap berjuang habis habisan tidak kira dengan apa perkara sekalipun asalkan dapat melangkah ke Putrajaya.

SINAR HARIAN 17/5/2012

Manakala kumpulan yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak iaitu Harun Taib masih istiqamah untuk melaksanakan Hudud sekiranya berjaya memerintah. Pertembungan idea dan hala tuju oleh kedua-dua kelompok dalam PAS ini tidak boleh disembunyikan lagi dan sehingga kini masih belum ada peyudahnya.

Akibatnya PAS kini terpaksa dipandu arah oleh dua nakhoda meskipun mereka dalam satu kapal. Yang paling memeningkan kepala sudah tentu Presiden Hj Hadi dan Mursidul Am Nik Aziz. Kedua-duanya tersepit untuk membuat keputusan bagi memenangi hati kedua-dua pihak yang bertelagah.

Yang jelas fenomena ini merupakan satu lagi skrip terbaru ciptaan PAS dalam usaha meraih sokongan rakyat apatah lagi melibatkan sokongan pengikut mereka sendiri yang sudah bosan melihat parti itu ditendang terajang oleh PKR dan DAP. Justeru itu, saya tidak hairan jika isu muzakarah dan Hudud kembali dimainkan oleh PAS bilamana tarikh PRU-13 sudah hampir tiba.

P/S : Jika Allahyarham Dato Fadhil Noor masih hidup, sudah tentu perkara sebegini tidak berlaku dalam PAS sementelah untuk bersatu dengan DAP!!!

Monday, May 14, 2012

Beza RM300 gaji minimum PR lebih murah berbanding harga pelacur Anwar langgan

Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadar itu RM200 hingga RM300 lebih tinggi berbanding paras diumumkan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum RM900 bagi pekerja-pekerja di Semenanjung dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak.


PEMIMPIN KAKI SEKS LAKNATULLAH

Soal gaji minimum dilihat akan menjadi sebahagian daripada manifesto kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Dalam Bajet 2012, Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah PR mengumumkan gaji minimum RM1,500 bagi pekerja-pekerja syarikat berkaitan kerajaan.

Anwar berkata, mereka boleh menguatkuasakan kadar gaji minimum RM1,1000 kerana ia memadai dengan harga minyak dan barang diturunkan serta memberi pendidikan percuma.

“Gaji minimum yang diumum kerajaan Barisan Nasional tiada makna dengan harga gula dan barang melambung.

“Sebab itu saudara kena faham gaji minimum RM900 dengan harga barang melambung naik, dengan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dengan harga minyak tak turun memang tidak mencukupi bagi keluarga yang hidup di bandar,” kata beliau ketika berucap pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" anjuran Kerajaan Selangor di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Anwar membidas kadar gaji minimum yang diumumkan oleh Najib akhir bulan lalu.Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang;

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Pengerusi Pas, Mohammad Sabu.

Kerajaan Pusat mengadakan sambutan Hari Pekerja peringkat nasional pada Sabtu lalu.

Anwar berkata, rakyat boleh menilai (kerajaan PR) dengan pengurusan ekonomi yang baik dan berhasrat membatalkan kos pengurusan PTPTN bagi memberikan pendidikan percuma sehingga ke institusi pengajian tinggi.

“Harga minyak turun, maknanya turun kos pengangkutan (dalam kadar) yang banyak, kaji semula perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) dan kuasa eletrik yang berat sebelah.

“Bagi keluarga di bandar, dengan gaji minimum RM1,100, anak tiga memang tak cukup. Tetapi kita jelaskan, ini hanya permulaan minimum kerana kita tidak mahu kemukakan cadangan yang tidak dapat kita pertahankan.

“Tapi ini peringkat awal, tetapi ini tidak berlaku tanpa perubahan keseluruhannya, kalau tak jimatkan belanja beli kapal selam ambil komisen, beli Sukhoi (jet pejuang) komisen, buat jalan RM1 bilion dia pakai RM44 bilion, buat stadium RM400 juta runtuh," katanya.

- SH Online

Friday, May 11, 2012

Ambiga terpaksa makan burger sekali sehari selepas Bersih 3

Padan muka kau Ambiga terpaksa melantak burger sekali sehari tak payah nak pergi ke McD pakai laung kat depan rumah burger terus sampai...

Wednesday, May 09, 2012

Kisah menyayat hati seorang ibu langsung tak diendahkan Azmin Ali

Kisah pilu dan sebak ini sebenarnya  aku tujukan khas buat Azmin Ali tentang bagaimana pengorbanan seorang ibu yang tiada nilai gantinya. Ibu adalah segala-galanya bagi kita semua apatah lagi ingin menderhaka. Sebenarnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu bukannya terletak di tangan Anwar Ibrahim wahai Azmin Ali.


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

 Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.

Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan.

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.

“Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

”Tak mungkin,” balas si ayah. “

Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.

” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.

“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.

Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

Sumber : Blog Sensasi









Tuesday, May 08, 2012

Kenyataan Rahim mengenai Nik Aziz 'Bapak Kafir' ada benarnya

Melenting puak-puak PAS bilamana bekas KPN dengan nada berani menggelarkan Nik Aziz dengan panggilan 'Bapak Kafir'. Mana tak marah bila orang tua yang diberi bonus oleh Allah untuk menghidup udara segara di alam maya ini diberi gelaran sedasyat itu oleh Rahim Noor.

Bagi aku mungkin ada benarnya dakwaan itu berdasarkan kepada beberapa perkara yang  dicetuskan oleh Nik Aziz selama ini. Semakin hari, Sebagai contoh yang paling mudah dan masih panas lagi berkaitan dengan demonstrasi Bersih 3.0 baru baru ini.

Jelas sekali perhimpunan itu telah membawa banyak kerosakan dan kesulitan kepada banyak pihak. Ramai peniaga-peniaga terjejas sumber pendapatan mereka akibat demo jalanan berasaskan hawa nafsu syaitan. Begitu juga kerugian yang dialami oleh kerajaan terutama sekali melibatkan harta milik pasukan keselamatan.

Ini semua tidak akan berlaku sekiranya Nik Aziz dengan hati yang syumul memberi nasihat kepada penyokong-penyokongnya supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 3 sepertimana yang digariskan dalam Islam iaitu berkonsepkan amalan perpaduan dan musyawarah dalam kehidupan. Namun, sebaliknynya yang berlaku apabila Nik Aziz yang ketika itu dipengaruhi bisiskan syaitan bertegas mengeluarkan fatwa bahawa 'Hadir Bersih 3 hukumnya WAJIB'.


Tidak cukup dengan itu, mereka (PAS) dilihat seolah-olah merasa 'teruja' dengan fatwa Nik Aziz dan terus menerus mengadakan road show di seluruh negara untuk memujuk ahli parti menyertai Bersih 3. Bahkan, panglima perang Timbalan Presiden PAS (Mat Sabu) yang boleh juga kita gelarkan sebagai 'Vampire PAS' begitu agresif dalam siri ceramah mengajak rakyat supaya melakukan revolusi untuk menjatuhkan kerajaan sediada dengan cara yang tidak sah.

Maka, sasaran mereka tidak lain dan tidak bukan mestilah ditujukan khas kepada golongan muda dan juga pelajar-pelajar IPT dan IPTS. Golongan muda sememangnya mudah dipengaruhi emosi mereka berbanding orang-orang lama. Mereka tidak berfkir panjang dan perasaan skeptikal telah dikaburi oleh bapak penghasut nombor satu negara Anwar Ibrahim.



Sementalahan pula kita sudah sedia maklum maksud yang tersirat semasa penganjuran Bersih 3 iaitu ditunjangi oleh Anwar dan komander kafir harbi termasuklah Ambiga. Rakyat sudah kenal siapa Anwar dan siapa Ambiga. Pejuang tegar lesbian, gay, bioseksual, dan transgender (LGBT) di negara ini.

Kedua-dua mereka merupakan boneka barat yang begitu tegar memperjuangkan agenda LGBT. Bagi mereka perkahwinan sejenis tidak salah asalkan kedua-dua pasangan saling memerlukan antara satu sama lain. Adakah Islam membenarkan pegangan yang sebegini rupa???.

Selain itu, kita tidak lupa dengan wabak Pluralisme agama yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim kepada majoriti umat Islam di negara ini. Bagi Anwar, semua agama adalah sama saja tidak ada beza sedangkan dengan jelas dalam Al Quran bahawa agama yang paling diredhai disisi Allah adalah Islam. Justeru tidak hairanlah jika Anwar dianggap petualang agama dan bangsa Melayu yang perlu kita tendang dan terajang jauh supaya akidah Islam masih terpelihara.

Berdasarkan apa yang digambarkan di atas, satu perkara pun tidak dibantah oleh Nik Aziz malah menyokong sepenuhnya. Pendek kata, jika agenda LGBT, Islam Pluralisme, pengkristianan beramai-ramai orang Melayu, perkataan Allah boleh digunakan oleh agama lain, kitab Al Quran boleh dibaca oleh orang kafir, pemimpin kaki seks (Anwar, Azmin, Mat Sabu ++++), bersekongkol dengan negara asing semuanya DIRESTUI dan DISOKONG oleh Nik Aziz.


Justeru kenapa kita rasa hairan jika Rahim Noor melabelkan Nik Aziz sebagai BAPAK KAPIR di negara ini jika itu yang diperjuangkan. Islam diketepikan demi matlamat mendapatkan sedikit kuasa di dunia. Oleh itu, adalah WAJIB jika kita menolak parti PAS dan sekutunya supaya tidak mengundang kemurkaan Allah satu hari nanti. @AJ



Tiga pelacur Thai kata orang Melayu macam pukixxk?

Sawadikhap.!!!! we are here to representing the Thai people fully support Bersih 3.0 in Kuala Lumpur..Kononya mewakili masyarakat Thai menyokong penuh demonstrasi Bersih 3 baru-baru ini. Apa punya kejadah si lahanat NAMAWEE beriya-iya sangat kali ini memamnggil tiga pelacur tegar Thailand untuk di muat naik ke laman Youtube.

Ketiga-tiga wanita itu semuanya pelacur Thailand dan mesej jelas dalam ucapan ketiga-tiga pelacur itu sebenarnya menghina bangsa Melayu di Malaysia yang dianggap paling bodoh. Paling bangsat, ' Kalau anda tak menyokong kami yakni tidak bangkit dan benci kepada bangsa Melayu di Malaysia, kamu adalah 'pukimak, cibai dan lancau. Lain-lain aku tak tahu mungkin bahasa yang selalu digunakan oleh pelacur kot.

Tengok sendiri, bagaimana Cina babi NAMAWEE yang menjadi kesayangan Hishamuddin hingga sekarang begitu teruja dan semakin berani mempersendakan orang-orang Melayu di Malaysia. Orang Melayu di Malaysia hari ini hanya bertaraf pukimak kata NAMAWEE.

Monday, May 07, 2012

PAS naik minyak dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Pas mempertikaikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan rusuhan jalanan atau demonstrasi yang mempunyai niat tidak baik, melanggar undang-undang serta boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa tersebut perlu memahami terlebih dahulu tujuan sebenar perhimpunan Bersih 3.0 diadakan baru-baru ini.

‘‘Saya mahu tanya jawatankuasa yang buat keputusan itu, fahamkah mereka maksud dan tujuan Bersih 3.0 diadakan.

‘‘Sepatutnya mereka kena kaji dan tanya semua pihak tentang apa yang berlaku, bahkan boleh jumpa saya sendiri untuk mendapat gambaran sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan panel jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh 24 ahli termasuk 14 mufti setiap negeri yang menegaskan tindakan demonstrasi tersebut adalah haram dan bertentangan dengan pandangan majoriti ahli sunah wal jamaah yang menjadi panduan umat Islam di negara ini. 


- Utusan Malaysia

Friday, May 04, 2012

Pengganas Bersih 3 belum ditangkap, Anwar ajak rakyat berdemo di Johor besok

Belum sempat lagi polis nak menangkap peserta banggang Bersih 3 baru-baru ini, aku diberitahu oleh seorang rakan di Johor bahawa Anwar bersama konco-konconya pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Hj Hadi dan Guang Eng akan mengadakan demo sekali lagi di Johor.

Dengar khabar kali ini Anwar dan bapa komunis termasuk Hj Hadi naik mengajak rakyat berdemo pasal tanah kononnya 'Demo Tanah Rakyat. Katanya demo ini akan digerakkan oleh pertubuhan entah dari mana yang menggelarkan diri mereka Gabungan Tanah Rakyat (TANAH).

Nampaknya Anwar dah tak makan saman langsung tidak takut dengan undang-undang di negara ini. Mereka semakin syok bila berjaya mengajak rakyat berdemo di tepi-tepi jalan. Mengikut apa yang diberitahu oleh rakan saya, Anwar dan konconya akan berdemo pada esok (5/5/2012) dekat plaza Angsana, Johor dalam pukul 2 petang.

Saya tanya siapa yang menjadi penganjur?? jawabnya setakat ini tak tahu lagi NGO mana yang terlibat dan mungkin pada firasat aku, JIN TANAH kot yang selalu bergayut kat kepala KOTE Anwar.

Kepada memberi bloger yang berdekatan, bolehlah jenguk-jenguk agenda banggang Anwar Ibrahim kat plaza Angsana pada esok hari boleh tahu apa pandikuty bedebah ni nak auta pada orang Johor.

Tuesday, May 01, 2012

Video : Anwar dikecam peserta Bersih 3 dalam sidang media!

Salah satu dalah tuntutan Bersih mendesak kerajaan memberi kebebasan kepada media Pakatan Rakyat. Namun, adakah rakyat terfikir bila melihat video di bawah Anwar kelam kabut untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh salah seorang penyokong Bersih dari kaum Cina yang mempertikaikan  pihak penganjur melakukan aksi ganas terhadap pihak polis.

Meskipun beliau bukan dari kalangan wartawan, soalan yang meminta penjelasan Anwar berhubung provokasi peserta demo ketika perhimpunan Bersih 3 mengakibatkan nada Anwar seolah-olah tidak berpuas hati kepada pemuda berkenaan.

Balik-balik pihak polis dan UMNO yang dipersalahkan menyebabkan sidang media berkenaan menjadi semakin kecoh. Jawapan yang diberikan Anwar tidak memuaskan hati pemuda berkenaan kerana dia yakin pihak polis ada garis panduan dalam menjalankan tugas mereka.

Nampak sangat Anwar bukannya manusia berani seperti yang dilabelkan oleh istetinya sebagai anugerah Tuhan. Bahasa badan yang ditunjukkan oleh Anwar ketika cuba mengelakkan soalan pemuda itu menggambarkan watak cuba mencari idea bagaimana untuk menegakkan benang yang basah. Yang jelas Anwar memang layak dan  memenuhi kriteria sebagai KAKI PEMBOHONG yang tiada tandingannya.

Akhirnya sudah menjadi kebiasaan pemuda itu atau sesiapa sahaja akan dipapah keluar oleh konco-konconya bagi mengelakkan diri daripada terus dikecam meskipun dari kalangan peserta demo Bersih 3.

LAYAKKAH WATAK INI MENJADI PEMIMPIN NEGARA???? 

Skandal seks Azmin Ali didedahkan

Nampaknya sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita hangat skandal seks terbaru melibatkan Azmin Ali dengan seorang wanita. Satu babak dilakukan di kawasan seakan-akan ruang tamu manakala satu lagi dirakam di dalan tandas.

Aksi 'oral seks' ini dipercayai dirakam oleh 'hidden camera system' berteknologi tinggi kerana resolusi pada gambar yang dipaparkan amat cerah. Apapun, skandal terbaru ini sekali lagi boleh dijadikan senjata dan modal untuk menyerang pakatan rakyat habis habisan.

Gambar ini dibuat secara prinscreen dan sumber asalnya adalah video...



 






Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox