Di manakah pendirian Pas tentang prinsip DAP yang berkerasan tidak
setuju dengan pelaksanaan hudud. Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak
yang menjawab daripada Pas untuk memberi penjelasan.
Namun sudah timbul suara kurang senang daripada pelbagai pihak dan
ada yang telah mengeluarkan pandangan serta hukum mengenai soal itu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi
DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ibrahim berkata persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas
Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut
ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan
hukum hudud.
“Begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang
dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang meminta ahli-ahli parti mereka mengundi
DAP.
“Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan DAP terang-terang
mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal Pas,
tetapi kecaman yang dibuat oleh Karpal itu jelas melibatkan kesucian
Islam dan kepentingan umat Islam,” ujarnya.
Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah
berkata adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang
secara terang terangan menentang penubuhan negara Islam serta
pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak
yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya
kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC
dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi
iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama
rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib
orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP
yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan
raya.
“Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana
sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka
satu pakatan,”

Boring je dgr xite cam no
ReplyDeleteHeran Tok guru ni, DAP tak mengaku Tok Guru sebagai ketua dan tak nak hudud, macam mana ni tak faham la. Macam mana kena undi DAP.
ReplyDelete