PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Monday, August 27, 2012

Khalid Ibrahim pening kepala nak bayar tunggakan bil air rakyat Selangor

Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal dan tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, sejak 2008, kata Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar pada Isnin.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kebanyakanmereka yang menggunakan meter pukal merupakan rakyat miskin dan tuntutan merekaitu munasabah.

Kerajaan Selangor yang sering menekankan soal keadilan dan kebajikan perlu membayar tunggakan itu kerana janji dibuat kepada setiap rakyat Selangor, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal.


"Orang rumah besar, banglo dapat. Orang duduk flat kongsi meter tak layak. Janji pada setiap rakyat bukan setiap meter," katanya.

Terdahulu Noh mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor pada Sabtu ini.

Mesyuarat turut dihadiri lebih 100 wakil NGO, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, pemimpin masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan di sini. - BERNAMA

2 comments:

  1. .


    (( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



    Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

    Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

    Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

    Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


    (Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

    ReplyDelete
  2. Setahu aku diorang tak bayar adalah disebabkan meter air kondo2, pangsapuri2 dan flat2 tidak dibayar direct kepada syabas sbb meter asing. Dia bayar kpd maintenance. Itu yg susah nak justify. Khalid Ibrahim pening nak bayar yg tertunggak? Eloklah dia pening, ssb bila dia pening itu tandanya dia concern dan ambik berat. Lagipun klu rumah2 lain boleh bayar aku tak rasa kerajaan Selangor akan berhadapan masalah utk bayar yg tertunggak tu kot. Klu kewangan Selangor sekarang aku rasa confident boleh bayar. Kalau ikut performance kerajaan dulu mungkin tak mampu kot, tak tau la nak cakap sbb takde bukti pun mereka pernah bagi air percuma. Ok now lupakan kisah kerajaan lama since diorang takde kaitan pun dlm ini cerita ( bukan diorang pernah bagi subsidi air pun ) sbb dgr2 ada berita positif. Berita yg sebenarnya, sebelum berita sensasi ni keluar, byk apartment2 di selangor memang telah pun menukar meter direct kpd meter syabas instead membayar bil air kpd pihak maintenance rumah. Itu pun dah menunjukkan yg kerajaan Selangor bukannya tak nak bayar tapi cuma mcm yg aku ckp tadi la, susah nak justify dan mesti ada kerja2 tambahan lain yg perlu disediakan.Yelah cth klu pemilik rumah baru beli dan duduk 2 tahun, tapi mungkin boleh terclaim untuk 4 tahun iaitu sejak tarikh subsidi air mula berkuatkuasa dulu. Kenapa aku cakap mcm ni, sbb aku pun duduk aparment jugak. Fikir - fikirkanlah ye.Salam Merdeka..

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox